Pages

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum kawan2.. (jawab ye..!!)

Huh..Kejapan je dah cecah tahun 2014 kan. Last aku post blog 12 Jan 2013..haha..hamik ko!! Lama giler tak terusik. Tahap pemalas sudah menjadi2.. Yer la, masa tu lg baper bulan je nak menetas (beranak), anak 1st plak tu..so,kena la tenangkan jiwa & minda kan?? Pastu bila dah beranak, lagi la takde masa nak ngadap laptop. Ni dah nak masuk 9bulan dah anak aku & baru berkesempatan nak menggodeh blog balik.. Perh..Lama sungguh aku nak sesuaikan diri ngan kehidupan baru yang kini bergelar "mama".

Insya Allah, ada masa pasti aku akan update blog ni jika berkesempatan k..Apa pon aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 untuk korang semua.. ;)


Saturday, 12 January 2013

Sayur Kangkung Goreng Belacan

Walaupon orang kata masak nih senang...aku tetap nak post juagak..Ahhh..tak kireee... Boleh gak jadi panduan kat mereka2 yang baru nak mula belajar masak..Betul tak?? Ala..Aku pon tak la terer masak macam korang kan..Janji kita tak kedekut ilmu kan..?? Sharing is Caring.. :)




Bahan2 Yang Diperlukan :

Bahan Utama
* Sayur Kangkung - 1 Ikat 
(biasa aku beli RM1.00 kalau seikat tu..tak tau la kat tempat korang kan)

Bahan2 Kisar @ Tumbuk 
* Bawang Merah - 3 Biji
* Bawang Putih - 2 Biji
* Halia - 1/4 Inci
* Belacan - 1 Inci @ 1 Sudu Kecil
* Ikan Bilis - 7 Ekor 
* Garam - 1/2 Sudu Kecil
* Gula - 1/3 Sudu Kecil
* Cili Padi - 7 Biji 

Lain2 Bahan :
* Minyak - Untuk Menumis
* Air - Sedikit sahaja

Cara2 Memasak :
1. Potong sayur..Cuci..& Toskan.
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan sayur kangkung tadi & tumis sebati. 
4. Tuangkan sedikit air (agak2 3 sudu macamtu)
5. Tutup seketika supaya batang sayur kangkung tu empuk sedikit. 
(Dalam 2 Minit jer dah...Kang empuk sangat tak baper nk sedap..khasiat pon hilang.)
7. Macam biasa..Rasa & jika dah cukup citarasa..sila matikan api.

<< SIAP >>



# Biasanya aku tak kisar bahan2, sebaliknya aku akan setia menumbuk hingga lumat bahan2 tu..haha..aku ikut petua org2 dulu..sbb mak aku kata, kalau tumbuk lagi sedap..Tapi, memang betul tau.. hehe




Ikan Lampam Masak Lemak Belimbing Buluh

Jom Main Masak2...Tatkala kat opis pon boleh, janji opis sendiri la yer.. Kalau opis orang jangan cuber2 nak cari nahas.. Tak Pasal2 terus kene jadi tukang masak kat kedai makan.. haha..

Menu yang menjadi kegemaran aku ngan en. habibi ya maulana..haha..



Simple jerk..

Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan Utama
* Ikan Lampam - 20 Ekor (saiz kecik/sederhana)
* Belimbing Buluh - 5 Biji (dibelah 2)
* Santan Pekat - 3 Cawan

Bahan Dikisar @ Ditumbuk
* Bawang Merah - 7 Biji
* Bawang Putih - 3 Biji
* Halia - 1/2 Inci
* Cili Api (Merah) - 7 Biji
(kalau nak pedas boleh tambah ikut suka yer)
* Ikan Bilis - 10 Ekor
* Garam - 1 1/2 Sudu Kecil 
* Gula - 1/2 Sudu Kecil

Cara2 Memasak :
1. Perasakan ikan bersama 1 sudu kecil garam & 1 sudu kecil kunyit.
2. Goreng ikan sehingga garing. 
(supaya tulang2 lembut bila dimasak nanti)
3. Tuangkan santan ke dalam periuk & campurkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi.
4. Masak di atas api yang sederhana hingga agak2 kuah tu berasap.
(kena kacau sentiasa tau..takut pecah santan)
5. Masukkan ikan yang telah di goreng. Kacau hingga kuah menggelegak.
6. Masukkan belimbing buluh & kacau perlahan2 agak2 sampai 2 minit mcm tu.
7. Rasa..kalau agak2 dah menepati citarasa sila tutup api yer.
8. Amik nasik2 sepinggan & Ngappp..!!

Hahaha..tu jer...



Sapa tak tau ikan lampam & belimbing buluh tu ruper apa...ni ha..untuk tatapan korang.. :P

<< IKAN LAMPAM >>



<< BELIMBING BULUH >>







Thursday, 3 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum....

Hai semua..Kabare..???
Walaupon dah 4 hari melayari tahun 2013, aku baru nak terkedek2 wish kan..haha..

Apa pon aku nak ucapkan...*^&*%$&^%$ :


Apa azam korang tahun nih..?? Dah tercapai ke yang lepas..??
Apa pon azam korang..Aku doakan semuanya akan termakbul ya..
(tapi azam yang baik2 je aku doakan..) Aminnn...

Aku..???

Macam2 azam yang aku dah tanamkan...Apakah itu..?? Hahahah..Biarlah Rahsia..!!! hahaha..
Ok la...Jangan nakal2 yer..nakal2 manje takpe..hihi..
 
Bye..