Adoyaii....biler la sakit telinga aku ni nak baik agaknyer..Hm, dah dekat 2 minggu lebih..kejap baik,kejap sakit balik.. Sblm mmg dah sakit pon. Tp aku bubuh ubat yg aku beli kat farmasi. jerk..nak gi klinik, aku rasa sama jer kot ubatnyer.. Sejak 2 menjak jer nih mcm berulang2 plak sakitnyer... Dah korek tp takde apa pon..Tabiat aku yg suker korek telinga ni la yg menyebabkan aku menderita...huhuhu...(padan muker aku kan..)
Mujur aku ada terbaca 1 artikel kat sini LINK .. (mohon berkongsi maklumat yer!!)
Biler baca artikel tu, rasa takut...gementar...menyesal..semua ada ni.. Aku mesti kene gi jumpa doktor yg bertauliah gak...Tak boleh la suker2 bli ubat sendiri. Yer la...persepsi aku nih tak blh pakai gak. Beli ubat sendiri tp makin melarat..Bahaya kan mcm tu?? Ni la namanye budak degil!! huhu
Nih yg boleh aku kongsikan serba sedikit maklumat ttg sakit telinga mcm aku:
Telinga bengkak Otitis Media (Telinga Menanah)
• Boleh jadi akut atau kronik
• Sakit telinga yang menyucukdan hilang apabila gegendang telinga telah pecah
• Pekak dan bunyi berdering dalam telinga
• Seringkali diikuti oleh demam, hidung berair dan sakit tekak
• Nanah keluar dari telinga menandakan gegendang telah pecah
KOMPLIKASI
• Pekak yang berkekalan
• Abses otak dan kerosakan otak
• Palsi fasial - kelumpuhan pada sebahagian sisi muka
• Jangkitan mungkin merebak ke tengkorak, lapisan meninges dan otak - membawa kepada jangkitan seperti mastoiditis akut (jangkitan merebak dari bahagian tengah telinga ke tulang di belakang telinga).
Otitits Media
• Lazimnya berlaku selepas jangkitan tonsil atau tonsilitis, campak measles dan influenza.
• Selalunya diikuti oleh jangkitan bahagaian atas saluran penafasan
• Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit ini kerana mereka lebih kerap mendapat selesema dan tiub Eustachio lebih pendek dan mendatar.Ini memudahkan sesuatu jangkitan menjalar naik ke saluran/tiub dari tekak.
Apa Yang Doktor Boleh Lakukan??
• Mencuci dan mengeringkan telinga
• Menitis ubat titisan antibiotik dan steroid ke dalam telinga
• Mengenalpasti tanda-tanda awal komplikasi
Uwaaaaaaa.....!!!! Aku mesti pegi jumpa doktor gak sok pagi2...Takut weii..Aku sayang telinga akuuu.. Ni pon dah kurang dengar sebelah.. Harap2 takde apa2 komplikasi atau sbgainya la... Korang doakan aku eh.?? Tak sabar plak nak tunggu esok..huhu..(nada menyesal)
Pesanan aku...jangan korek telinga hari2 mcm aku yer..sakit wooo kalau luker...tak tipuuu nii!!! :(
0 comments:
Post a Comment