Pages

Saturday 12 January 2013

Ikan Lampam Masak Lemak Belimbing Buluh

Jom Main Masak2...Tatkala kat opis pon boleh, janji opis sendiri la yer.. Kalau opis orang jangan cuber2 nak cari nahas.. Tak Pasal2 terus kene jadi tukang masak kat kedai makan.. haha..

Menu yang menjadi kegemaran aku ngan en. habibi ya maulana..haha..



Simple jerk..

Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan Utama
* Ikan Lampam - 20 Ekor (saiz kecik/sederhana)
* Belimbing Buluh - 5 Biji (dibelah 2)
* Santan Pekat - 3 Cawan

Bahan Dikisar @ Ditumbuk
* Bawang Merah - 7 Biji
* Bawang Putih - 3 Biji
* Halia - 1/2 Inci
* Cili Api (Merah) - 7 Biji
(kalau nak pedas boleh tambah ikut suka yer)
* Ikan Bilis - 10 Ekor
* Garam - 1 1/2 Sudu Kecil 
* Gula - 1/2 Sudu Kecil

Cara2 Memasak :
1. Perasakan ikan bersama 1 sudu kecil garam & 1 sudu kecil kunyit.
2. Goreng ikan sehingga garing. 
(supaya tulang2 lembut bila dimasak nanti)
3. Tuangkan santan ke dalam periuk & campurkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi.
4. Masak di atas api yang sederhana hingga agak2 kuah tu berasap.
(kena kacau sentiasa tau..takut pecah santan)
5. Masukkan ikan yang telah di goreng. Kacau hingga kuah menggelegak.
6. Masukkan belimbing buluh & kacau perlahan2 agak2 sampai 2 minit mcm tu.
7. Rasa..kalau agak2 dah menepati citarasa sila tutup api yer.
8. Amik nasik2 sepinggan & Ngappp..!!

Hahaha..tu jer...



Sapa tak tau ikan lampam & belimbing buluh tu ruper apa...ni ha..untuk tatapan korang.. :P

<< IKAN LAMPAM >>



<< BELIMBING BULUH >>







0 comments:

Post a Comment