Pages

Monday 23 April 2012

Tiramisu

Jom Kongsi2 Pengetahuan lagi....Kali ni TIRAMISU yang triple simple giler..hehe
Aku buat hujung minggu ritu...Tapi, apa pon sorry la yer...mcm biasa...gambar blur sket..
(guna henpon jer..haha)


Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

1. Cream Cheese - 500gm



2.Whipping Cream - 500ML


3. Gula Halus - 1 Cawan

4. Esen Vanila - 1 Sudu Teh

5. Nescafe @ Indocafe - 1 Sudu Teh 
(Bancuh Dgn 1 Cawan Air Panas)

6. Serbuk Koko - Secukupnya.(Aku guna jenama VanHouten)



7. Kek Span (potong mcm kat gambar ni)


(gambar nih aku google jerk...haha..tak kose nak amik satu persatu)

********************************************************************************

Cara2 Membuatnya :

1. Satukan cream cheesa, gula & esen vanila. Pukul hingga kembang..
(guna mixer tau, jgn guna penyapu or batang mop plak..haha)


2. Bila dah kembang, masukkan pula whipping cream. Pukul sekali lagi hingga betul2 adunan menjadi sebati & smooth yer..

3. Potong kek span mcm gambar di atas, kemudian basahkan dengan air bancuhan nescafe @ indocafe td.

4. Masukkan dalam cawan.

5. Masukkan pula adunan yg telah dipukul tadi dalam 2 sudu besar.

6. Taburkan serbuk koko ke atasnya..Kalau nak mudah, masukkan koko dalam penapis air & ayakkan di atasnya.

7. Ulang semula sehingga cawan penuh.

8. Bila dah siap semua...Balut cawan guna wrapping plastik supaya bila kita sejukkan dalam peti ais, tiramisu tu takde lah pelbagai bau-bauan..hehe.

9. Ok, bila siap balut...masukkan dalam peti ais ( belah bawah je..) lebih kurang dalam 6 jam.
(Kalau nak letak dlm freezer pon boleh..tapi jgn lama2, kang kejung plak..)

DAH...SIAAAAPPP..!!!

Senang kan..??

Selamat Mencuba..!!

Nih yang aku buat hujung minggu ritu..Dapat 7 gelas besar & 2 cawan dadih.. 
Hmm...Jangan tengok lama2..Kang meleleh air liur tu.. :)






2 comments:

  1. wahh..sedapp nyer...yes..ada resepi.. :)

    ReplyDelete
  2. Fullaweiii...memang sedap makan sejuk2..saya dah rasa.. mekasih yer ada resepi :)

    ReplyDelete