Pages

Saturday, 28 April 2012

MURTABAK BAKAR ~Daging Vs Keju

Resepi nih aku buat pagi tadi...kiranya, pakej sarapan ngan makan tengah hari terus...haha...
Hari ni malas nak bebel panjang2...Meh aku tunjukkan resepinya..Jommm..!!

BAHAN-BAHAN : (saiz loyang 7"x7")

* Roti Gardenia - 12 Keping


* Daging Cincang - 400gm


* Susu Segar / Cair - 1 Cawan Besar.
(Aku guna susu HIGOAT je...lebih berkhasiat)


* Telur (Omega 3) - 4 Biji


* Keju Keping - 4 keping


* Serbuk Paprika - Secukupnya
* Serbuk Oregano - Secukupnya
* Serbuk Lada Hitam - Secukupnya


* Garam - Secukupnya
* Bawang Besar - 3 Biji (dipotong dadu)
* Sedikit Minyak
* Sedikit Mentega


 CARA-CARA MEMASAK :

1. Gaulkan daging bersama sedikit garam, serbuk oregano, paprika & lada hitam. 
2. Tumiskan dengan sedikit minyak selama 5 minit. Sekiranya keluar air, buangkan segera. Tambahkan sedikit minyak lagi. Setelah separuh garing...ketepikan.


3. Gaulkan bawang dengan sedikit serbuk oregano, paprika & lada hitam...ketepikan.


 4 Ambil loyang & lenserkan dengan mentega. Panaskan sebentar.
5. Buangkan kerak roti (tepi roti). Kemudian, basahkan roti tersebut dengan air susu dan susun ke dalam loyang.
6. Taburkan daging yg telah digoreng tadi ke atasnya. 
7. Taburkan juga hirisan bawang dan sekeping hirisan keju.
8. Ulang semula sehingga 3 lapisan. (seperti gambar di bawah)


9. Guna mangkuk lain, pukul telur bersama sedikit serbuk oregano, paprika & lada hitam. Kemudian, tuangkan ke atas lapisan tadi. Susunkan di atasnya dengan hirisan keju.

10. Bakar selama 1 jam..Tapi, setkan dulu 30 minit..Kemudian, tukar pula kedudukan loyang & setkan lagi 30 minit. (Letak loyang di tengah2, guna api bawah sahaja & suhu adalah 150'C)


Siap untuk dihidangkan...Oh yeahhh..!!









Nota Tambahan : 
* Serbuk paprika tu kalau takde, guna serbuk kari pon takpe..
* Lg 1, serbuk oregano takmo pakai pon boleh...tak yah nak meraban gi cari kat pasaraya.. Ala, aku guna apa yang ada kat dapur jer..Senang citer, olah jer ikut kreativiti masing2..hehe.. 

Dah..tu jer nota nyer...dah mcm kelas tambahan pulak aku rasa..haha.. :P


3 comments:

  1. Salam kenal... sedapnya... kalau keju keping tu ditukar dengan serbuk cheeze maz (cheezemaz.blogspot.com) lagi sedap kan?

    jemput ke blog akak yg x seberapa ya

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap..senang nak buat ni..sbb ade tutorial..thanks share dear

    ReplyDelete