Pages

Saturday, 31 December 2011

Muffin Pisang Triple Simple

Jom main masak2...hik3..Biler umah banyak pisang, mula la tangan menghayun tepung..hahahha... Muffin nih senang yang teramat..masak pon tak berkecah.. Jom start.. :)

BAHAN-BAHAN :

* 10 Biji Pisang (aku guna pisang 40 hari)
(Terpulang korg nak pakai pisang apa pon boleh)
* 1 cawan Minyak Masak
* 2 Biji Telur
* 3/4 Cawan Gula Halus
* 1 sk Baking Powder
* 1sk Soda Bikarbonat
* 1 sk Esen Vanila @ Pisang 
(aku guna vanila sbb tu je yg ada..hehe)
* 2 Cawan Tepung Gandum


1. Mula2 masukkan pisang yang dah dikupas ke dalam blender.Utk mudah, potong kecil2 seperti gambar diatas. Tujuannya utk percepatkan proses penghancuran...(ayat tak menahan..haha)



               2. Bila pisang tu dah hancur likat, masukkan minyak masak ke dalam blender yg sama.                                                            



3. Masukkan Gula, Baking Powder & Soda Bikarbonat.


4. Masukkan sekali Esen Vanila...Kemudian, kisar semula dalam 1 minit.
(sambil2 tu korang bleh la panaskan pengukus yer)


5. Tuangkan bahan2 yang dikisar td ke dalam bekas yang sesuai.


6. Masukkan Tepung. Gaul adunan sehingga sebati tanpa ada ketulan2 tepung seperti gambar di bawah.


7. Dengan menggunakan sudu, tuangkan ke paper cup..Kalau takde, masuk je dalam loyang utk buat kek pon boleh..janji ada..hehe


8. Susun dalam pengukus & kukus selama 30 minit.



 9. Taraaaaaaaaaa.....siap utk di hidangkan.



P/S: Kalau korang nak wat perisa coklat, JUST tambahkan 1/2 cawan serbuk koko yer...


Nih Versi Kek Coklat..Sama jer cara pembuatannya.




Sorry la yer...gambar tak berapa memuaskan..Al-maklum la guna handfon terlalu cangggih sgt...hahahhaha... ;P

~Selamat Mencuba~

0 comments:

Post a Comment