Walaupon orang kata masak nih senang...aku tetap nak post juagak..Ahhh..tak kireee... Boleh gak jadi panduan kat mereka2 yang baru nak mula belajar masak..Betul tak?? Ala..Aku pon tak la terer masak macam korang kan..Janji kita tak kedekut ilmu kan..?? Sharing is Caring.. :)
Bahan2 Yang Diperlukan :
Bahan Utama
* Sayur Kangkung - 1 Ikat
(biasa aku beli RM1.00 kalau seikat tu..tak tau la kat tempat korang kan)
Bahan2 Kisar @ Tumbuk
* Bawang Merah - 3 Biji
* Bawang Putih - 2 Biji
* Halia - 1/4 Inci
* Belacan - 1 Inci @ 1 Sudu Kecil
* Ikan Bilis - 7 Ekor
* Garam - 1/2 Sudu Kecil
* Gula - 1/3 Sudu Kecil
* Cili Padi - 7 Biji
Lain2 Bahan :
* Minyak - Untuk Menumis
* Air - Sedikit sahaja
Cara2 Memasak :
1. Potong sayur..Cuci..& Toskan.
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan sayur kangkung tadi & tumis sebati.
4. Tuangkan sedikit air (agak2 3 sudu macamtu)
5. Tutup seketika supaya batang sayur kangkung tu empuk sedikit.
(Dalam 2 Minit jer dah...Kang empuk sangat tak baper nk sedap..khasiat pon hilang.)
7. Macam biasa..Rasa & jika dah cukup citarasa..sila matikan api.
<< SIAP >>
# Biasanya aku tak kisar bahan2, sebaliknya aku akan setia menumbuk hingga lumat bahan2 tu..haha..aku ikut petua org2 dulu..sbb mak aku kata, kalau tumbuk lagi sedap..Tapi, memang betul tau.. hehe
0 comments:
Post a Comment