Pages

Wednesday, 4 January 2012

Sambal Udang Serai ~ Resepi Bonda


* Timer Kacih yer mother bg resepi nih...tp tuan punyer blog yang masak tau...hehe*

Ok lah...Bahan & Cara Masak ada nih...

BAHAN-BAHAN 1 (KISAR):
* 30 Tangkai Cili Kering
* 2 Biji Bawang Merah
* 2 Batang Serai (saiz kecik je)

BAHAN-BAHAN 2 (DITUMBUK):
*5 Biji Bawang Merah
* 3 Biji Bawang Putih
* 1/2 Inci Halia
* Ikan Bilis (dalam 20 ekor)

BAHAN-BAHAN 3 (LAIN-LAIN):
* 1/2 Kilo Udang (digoreng 1/2 masak)
* Garam (Secukup Rasa)
* 3 Sudu Besar Gula
* Minyak (Agak2 la..utk menumis)
* Asam Jawa Biji (1/2 sudu-bancuh & ambil airnya)

CARA2 MEMASAK :
1- Tumiskan bahan 2 (ditumbuk) ke dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga naik bau.
2- Masukkan bahan 1 (kisar) & tumis sehingga pecah minyak.
3- Masukkan gula, garam & air asam jawa. Tumis seketika & rasa terlebih dahulu.
4- Jika rasa sudah memadai, masukkan udang..Masak dalam 1 minit.
5- Tutup api...dannn...Siapppp utk di hidang...

Tu jer....Selamat Menjamu Selera... :)


p/s: Gambar2 masakan nih mmg aku tak hias sbb merata2 tempat aku masak...lg pun utk tekak sendiri kan...haha...insyaAllah biler2 aku masak aku akan cuba hias yer...Kene rajin2 blaja menghias masakan...Kang Kalau hias je yang lawa pon tak guna gak kan??? 
(hm, sbnarnya aku nih tak kreatif...tp takpa..Biar tak seindah rupa,tp ia seindah rasa..)

~BYE~

0 comments:

Post a Comment